Friday, April 30, 2010

Kursus Memborong di China 25hb April 2010




Seramai 25 orang peserta kali ini yang mengikuti Kursus Memborong Di China dan seoarang daripada peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus kali in adalah susulan daripada kejayaan mengadakan kursus yang sama pada 31hb Ogos 2008. Manakala lawatan sambil memborong ke China pada tahun tersebut terpaksa ditangguhkan kerana isu panyakit H1N1 yang mengkhuatirkan.

Peserta kursus dipelawa untuk mengikuti Program Lawatan Sambil Memborong ke Guangzhou China pada 16hb hingga 20hb Jun 2010. Program lawatan ini adalah penting kerana ia berbentuk praktikal. Peserta akan dibawa terus ke pembekel-pembekal / peniaga-peniaga di Guanzhou tanpa menggunakan khidmat orang tengah. Disini mereka boleh mengadoptasi pengetahuan yang mereka perolehi dari kursus memborong yang mereka hadiri. Sasaran penyertaan adalah seramai 20 orang.


Peserta kursus bergambara ramai bersama dengan Tetamu Kehormat, Yang Berhormat, Awang Haji Bakar Bin Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Lumapas, Fasiliataor Undangan, Shahabudeen Jalil, Ustaz Mohammad Abdullah.



Shahabudeen Jalil memberi penjelasan kenapa China menjadi pilihan utama syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan produk untuk syarikat mereka.


Peserta begitu tekun dan fokus mendengar penerangan daripada fasilitator undangan.

 



Sebilangan peserta mengambil peluang masa reha yang diberikan untuk bertanya soalan kepada saudara Shahbudeen Jalil.


Tajuk "Ekonomi Islam" yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Abdullah memang bagus dan memberi rangsangan kepada peserta kenapa perlunya membangunkan kekuatan ekonomi kepada orang-orang Islam.


Ucapan daripada Yang Berhormat, Awang Haji Bakar Bin Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Lumapas, Brunei Darussalam.


Cenderhati berbentuk pen reader dan Walkman Quran Reader


Cenderhati berbentuk Buku hasil tulisan sendiri oleh Ustaz Mohammad Abdullah


Sesi penutupa dan Penyampaian Sijil diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Abdullah

Peserta bergambar ramai dengan penganjur dan juga fasilitator undangan didepan pintu 
Bangunan Seameo Voctech.

Posted by Picasa

No comments: